TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN
TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN
PENGGUNA RASIONAL
- Pengguna ialah mereka yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang ada di pasaran.
- Pengguna rasional merujuk kepada pengguna yang pandai membuat keputusan, bermaklumat dan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan. Pengguna rasional selalunya akan berbelanja secara berhemah dengan membuat bajet dan mengikut keperluan serta kemampuan.
- Pengguna yang bijak seharusnya mengetahui haknya dan bertindak dengan bijaksana. Terdapat 8 hak pengguna:
- Hak mendapatkan keperluan asas.
- Hak untuk bersuara.
- Hak mendapatkan jaminan keselamatan.
- Hak untuk mendapatkan ganti rugi.
- Hak mendapatkan maklumat.
- Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan.
- Hak membuat pilihan.
- Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
- Etika pengguna dan pengeluar bermaksud membudayakan standard kepenggunaan dalam kehidupan seharian. Sebagai pengguna yang beretika, kita tidak harus membeli barangan seludup atau curi.
- Pengeluar perlu mematuhi kod etika semasa menguruskan perniagaan dan harus mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh SIRIM dan Jabatan Standard Malaysia.
- Standard amat penting untuk menyelaraskan pembuatan sesuatu produk supaya kehidupan lebih selamat dan terjamin.
- KPDNHEP merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan pengguna daripada penindasan peniaga.
- Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah diwujudkan untuk melindungi hak pengguna dengan menyediakan alternatif selain mahkamah bagi pengguna menuntut ganti rugi.
- Pengguna juga harus peka dan mengambil inisiatif untuk memperluaskan pengetahuan mereka agar tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga atau pengeluar.
0 Response to "TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN"
Post a Comment