TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN
TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN
KEPERLUAN BERKELUARGA
1.Keluarga merupakan asas atau terkecil yang membentuk sesebuah masyarakat.
2.Keluarga juga merupakan komuniti pertama yang mula dikenali oleh anak-anak.
3.Setiap anggota keluarga memainkan peranan penting untuk mengukuhkan institusi keluarga.
4. Keluarga bahagia, berkualiti dan cemerlang dapat dilahirkan jika setiap anggota keluarga mengetahui tanggungjawab masing-masing.
5. Pelbagai cara boleh dipraktikkan bersama bagi mengukuhkan institusi keluarga. Antaranya ialah
- beriadah bersama, makan bersama.
- meraikan hari istimewa bersama-sama.
- Berkongsi suka duka bersama-sama.
- Saling membantu dan bekerjasama sesama anggota keluarga dan lain-lain lagi.
6. Keperluan berkeluarga boleh dilihat dari tiga aspek.
POLITIK
- Menjadi ketua dan pemimpin kepada keluarga.
- Melahirkan bakal pemimpin atau pelapis negara.
- Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berguna kepada bangsa dan negara, menyediakan anggota tentera untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
EKONOMI
- Menyediakan tenaga kerja dalam negara.
- Menyediakan pengguna dan pembeli barang untuk mengembangkan ekonomi negara selain meluaskan pasaran pengguna.
SOSIAL
- Melahirkan zuriat bagi mengembangkan unit keluarga.
- Memenuhi tuntutan agama bagi mendirikan keluarga secara sah.
- Menggelakkan gejala tidak sihat seperti anak luar nikah, bersekedudukan dan pembuangan bayi.
- Menambahkan rakyat dalam sesebuah negara.
0 Response to "TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN"
Post a Comment